Kelas Keusahawanan – Latihan Solekan

4 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2018, Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas telah membuka tempat untuk latihan asas solekan yang dikendalikan oleh salah seorang penduduk setempat, diikuti oleh beberapa orang yang turut menyertai dalam kelas latihan solekan tersebut.

Pada kali ini, seorang jurumekap telah hadir untuk berkongsi serba sedikit mengenai asas solekan kepada beberapa orang yang menyertainya. Mereka telah mendapat banyak ilmu yang dikongsikan oleh jurumekap tersebut.

Kelas ini berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 2 petang hingga jam 6 petang.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali